Friday, March 05, 2010

My New Gadget

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 7:50 AM 0 komen
Salam kepada semua... Ada cerita sedih yang Sue nak kongsikan di sini. Setelah hampir 4 tahun berjasa, akhirnya oven Sue telah menjadi 'weng'. Masa tengah bakar cupcake, tetiba berasap dan berbau hangit...huhuuhhu...Sedihnya. Masa tue dah dekat CNY. My cousin nak kawin on 14 Feb tue. So my aunt nak order 300 biji plain cupcake untuk 'door gift'. Lagi 2 hari sebelum hari kejadian, oven Sue buat perangai. Mana nak cari oven masa ni? Then my hubby pinjam oven my MIL tapi oven tu lebih kecik daripada oven Sue. Memang tak mampu nak bakar 300 biji cupcakes tue dalam masa yang singkat. Mau tak mau, hubby Sue pun call la my aunt mintak maaf kata tak boleh nak penuhi permintaan dia. Nasib baik my aunt kata takpa. Dia pun dah bakar 800 biji mini cupcake by herself. Boleh la Sue menarik nafas lega. Sue pun bagitau kat my mum. Seminggu lepas tue, my mum ajak Sue and hubby pi survey 'washing machine' untuknya. Kami pun pergi la ke kedai elektrik. Sampai kat sana, my mum kata pilih la sekali oven yang Sue nak. Halamak...bestnya! So inilah oven yang Sue pilih. Anyway, terima kasih mak!!! Saaaaayang mak...mmmmuahs!

Photobucket

Hantaran

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 6:58 AM 2 komen
Ni tempahan daripada kawan my MIL. Katanya nak buat hantaran. Sue memang tak terima tempahan cupcake yang kurang daripada 9 biji tapi memandangkan kebetulan Sue nak bake cupcake untuk dihantar ke UiTM, so Sue terima jugak la tempahan ni. Kiranya menumpang laa... Lagipun kesian jugak kat makcik tu kan.

Photobucket

Pastu my SIL pulak call dari UiTM Arau bagitau kawannya nak tempah cupcake hantaran jugak 16 biji saiz L. Katanya nak kaler soft pink tapi takdak 'specific design'. Ikut idea Sue nak wat camna. So, inilah hasilnya.

Photobucket

Kek Pisang

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 6:27 AM 0 komen
Last Friday, ada 'Farewell Party' tuk kawan Sue kat opis. Dia dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Jabatan lain. Jadi, sebagai tanda penghargaan, kami pun wat la makan-makan. Sue tatau nak bawak apa. Balik keja tu singgah kedai nak beli telur untuk baking cupcake nak hantar ke UiTM. Tengok ada pisang emas. Then terfikir dah lama tak buat kek pisang. So, beli la pisang tu. Malam tue after bake cupcake untuk UiTM, terus bancuh dan bakar kek pisang ni pulak.

Ni sebelum masuk oven.

Photobucket

Ni pulak lepas keluar dari oven.

Photobucket

Then, potong siap-siap sebelum masukkan ke dalam tupperware nak bawak ke opis.

Photobucket

UiTM, Kastam, Politeknik

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 5:42 AM 0 komen
Dah lama tak hapdet blog ni. Tak sempat sebenarnya. Proses mem' baking' masih berjalan seperti biasa. Ni cupcakes yang Sue letak kat UiTM, cafe Kastam dan ada beberapa tempat lain lagi....

Photobucket Photobucket

Thursday, March 04, 2010

Perarakan Maulidur Rasul

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 5:40 AM 0 komen
Last Friday cuti Maulidur Rasul....Lepas solat Jumaat, ada banyak aktiviti yang dijalankan di masjid berhampiran. Ada pertandingan nasyid, debat, perarakan dan banyak lagi.... Gambar ni diambil masa perarakan dilakukan bermula di masjid melalui kawasan perumahan dan berakhir di masjid juga....

Photobucket

Friday, February 26, 2010

Dah Ada Blog Sendiri

Dicatat oleh: Sue Hanbal Jam: 11:40 PM 0 komen
Salam semua... At last, Sue dah ada blog sendiri...Blog ini akan memaparkan aktiviti mem'baking' Sue yang mana merupakan minat Sue dari dulu...Sue memang dok ambik tempahan kek dan kapkek secara kecil-kecilan jer...Now dah ada blog ni rasanya bolehlah Sue meluaskan lagi 'Empayar' Sue kan? Cewahhhh...macam la biznes juta-juta kan? Tapi tak salah untuk asah dan pertajamkan lagi skill yang ada ni, betoi tak? Banyak pula coretan pertama kali ni kan? Apa-apapun Sue harap kehadiran blog ini dapat diterima semua....
Di bawah ni merupakan produk-produk yang pernah Sue hasilkan...So Enjoy!!!




 
Gorgeous Beaches of Goa